PENAMPANG, SABAH – Pasukan bomba daerah ini dipanggil bagi membuka pintu bilik terkunci dimana terdapat mayat seorang lelaki didalamnya.
Mangsa kejadian pada jam 8.40 pagi di Penampang Baru tadi dikenal pasti sebagai Sulaiman @ Arman Mosrih yang berusia 48 tahun.
“Ketua Operasi PBKII Benny Lim melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.45 pagi,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Seramai lapan orang anggota Bomba bertindak ke lokasi menaiki jentera dan van EMRS dalam kejadian berkenaan.





