BEAUFORT, SABAH – Lelaki mabuk yang dipukul menggunakan sudu kembali dengan sebilah parang untuk menyerang adik iparnya di Kuala Penyu, semalam.
Suspek 36 tahun itu dikatakan melanggar mangsa wanita, 33 tahun, dalam dapur rumah Kampung Menumpang dalam insiden 8 malam.
Ketua Polis Beaufort, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, selepas dilanggar, mangsa memarahi suspek dan bertindak memukulnya menggunakan sudu.
“Suspek cuba menyerang mangsa tapi dihalang anggota keluarga. Tidak lama kemudian, lelaki terbabit masuk semula ke dalam rumah sambil memegang parang…
“Tindakan itu mengakibatkan mangsa lari ke rumah jiran bersama seorang anaknya,” katanya kepada wartawan.
Yusoff berkata sepasukan polis tiba ke lokasi pada pukul 11 malam dan membuat tangkapan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).