KPDNHEP Galakkan Peniaga Jual Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dengan Harga Murah

KPDNHEP Galakkan Peniaga Jual Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dengan Harga Murah

0
SHARE
Kit Ujian Kendiri COVID-19...

PUTRAJAYA – Lebih banyak premis dijangka menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) sekitar bulan ini.

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang di peringkat akhir perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perbincangan itu untuk membolehkan pasaraya dan kedai runcit ‘chain store’ (rantaian) terpilih bagi menjual kit berkenaan.

“KPDNHEP amat menggalakkan peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa kerajaan menentukan paras harga yang baharu…

“Kami yakin dengan usaha yang digembleng bersama antara pengeluar dan pengimport serta pihak pasaraya dan chain store dapat membantu menstabilkan harga dalam usaha untuk keluar daripada pandemik ini,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi…

Menurut Alexander, terdapat lebih kurang 9 juta kit ujian pantas yang berada dalam pasaran.

Disamping itu, katanya, pihak industri yang terlibat di dalam pembawaan masuk dan pengeluaran kit terbabit telah memberikan maklumbalas positif supaya dapat dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini.