‘Letak Jawatan Edward Lingkapo!’ – UMNO KDMR Sepanggar

‘Letak Jawatan Edward Lingkapo!’ – UMNO KDMR Sepanggar

0
SHARE
Romeo Ansow...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi UMNO KadazanDusun, Rungus dan Murut (KDMR) Sepanggar, Romeo Ansow mahu Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ir Edward Lingkapo meletak jawatan kerana gagal mengatasi masalah belalan air di kawasan Sepanggar.

Katanya, Edward ternyata tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Sepanggar, termasuk di UUC Telipok yang semakin meruncing sehingga ada penghuninya yang mengamuk seperti dalam video yang ditular beberapa hari ini.

“Sampai bila masalah perlu berlarutan? Pengarah JANS ternyata tidak berupaya sekarang tidak berupaya untuk mengatasi masalah ini. Tiba masanya beliau (Edward) berundur dan biar orang lain yang lebih kompeten ambil alih tugas sebagai pengarah,” katanya mengulas video yang tular penghuni UUC Apartment Telipok yang mengamuk kerana tiada air.

Beliau menyokong kenyataan terdahulu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan yang telah meminta Edward meletak jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Yakub berkata, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.