
KOTA KINABALU, SABAH – Seramai lima orang setiausaha politik telah mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, semalam.
Antara yang mengangkat sumpah ialah Abd Rahman Yakub, Mohd Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.
Mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkuat kuasa serta merta.
Turut hadir sesi itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.