Majikan Wajib Iklankan Jawatan Kosong Dalam Portal MYFutureJobs

Majikan Wajib Iklankan Jawatan Kosong Dalam Portal MYFutureJobs

0
SHARE

PUTRAJAYA – Majikan di Malaysia wajib membuat iklan kekosongan jawatan melalui portal MYFutureJobs untuk memastikan peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran ditawarkan kepada pekerja tempatan sebelum kekosongan itu diisi oleh pekerja asing.

“Majikan wajib untuk mengiklankan kekosongan jawatan sekurang-kurangnya selama 30 hari dalam portal MYFutureJobs di bawah Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1 Januari tahun lepas, demikian menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Katanya, sejak kebelakangan ini sering dibangkitkan isu-isu mengenai kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor pekerjaan terutamanya yang berkaitan dengan 3D (KOTOR, BAHAYA & SUKAR) dan kekosongan dalam sektor itu sering diisi oleh pekerja asing ekoran tiada pekerja tempatan yang berminat.

Datuk Seri M. Saravanan…

“Kerajaan prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh majikan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D ini. Oleh yang demikian, Kabinet telah bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja warga asing dalam semua sektor yang dibenarkan pada 10 Disember 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Saravanan berkata semua sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing adalah pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekhidmatan domestik, bagaimanapun beliau menggalakkan supaya kekosongan yang ada diisi oleh pekerja tempatan.