TUARAN, SABAH – Program Karnival Alumni Malaysia Future Leadership School (MFLS) Bersama Masyarakat dimeriahkan 600 belia dan beliawanis.
Program yang merupakan kemuncak kepada Program Kepimpinan Altruistik Integrasi anjuran Kem Wawasan Negara Kundasang, i-LEADS yang berlangsung sejak 17 September lalu, hari ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Dr. Hanafi Harun di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah.
Hadir sama, Timbalan Penolong Pengarah Operasi Daerah, Sazrina Norsimin, Ketua Kem Wawasan Negara Kundasang, Datin Shonitah Terang dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Tuaran, Murneh Jablee. — JABATAN PENERANGAN SABAH





