JAKARTA, INDONESIA – Beberapa wanita dalam satu video yang tular jelas menunjukkan tindakan mereka yang menebang beberapa batang pokok sehingga menutupi sebatang jalan di wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Wanita berkenaan yang digelarkan netizen sebagai ‘Mak Cik’ berdasarkan penampilan fizikal dan usia mereka telah menebang pokok dan menumbangkannya di jalan berhampiran menggunakan kapak dan gergaji secara bergilir-gilir.
Video tular tersebut dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram pada akaun bernama @peristiwa_sekitar_kita.
VIDEO tular yang menunjukkan beberapa wanita menebang beberapa batang pokok sehingga menutupi sebatang jalan kerana marah jalan tidak dibaiki di wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia…





