MAKANAN MAT SABU MEMANG TIADA TANDINGAN – LIM GUAN ENG

MAKANAN MAT SABU MEMANG TIADA TANDINGAN – LIM GUAN ENG

0
SHARE

TASEK GELUGOR, PULAU PINANG – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meluangkan masa menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri hasil air tangan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini, Guan Eng memuji pelbagai juadah yang disediakan ketika menghadiri rumah terbuka Mat Sabu bertempat di Kampung Guar Petai pada Sabtu lepas.

“Saban tahun Pak Menteri Mat Sabu akan balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri…

“Setiap tahun jugalah saya akan berkunjungi kampung beliau untuk meraikan hari lebaran ini bersama ahli keluarga,” katanya.

Dalam hantaran terbabit juga, Guan Eng turut menyatakan beliau tidak ketinggalan menjamah lauk daging yang dimasak Mat Sabu bersama isterinya, Datin Seri Normah Alwi.

Guan eng
Guan Eng menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri di rumah Mohamad Sabu (Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Lim Guan Eng)
Guan eng
Guan Eng menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri di rumah Mohamad Sabu (Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Lim Guan Eng)

“Masakan Menteri (Mat Sabu) memang tiada tandingan. Memang best! Inilah Mat yang kita kenali, setia kepada sahabat dan perjuangan selama-lamanya,” katanya.

Guan eng
Guan Eng menikmati juadah Hari Raya Aidilfitri di rumah Mohamad Sabu (Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Lim Guan Eng)

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah veteran DAP, Lim Kit Siang dan isterinya.

Guan eng
Antara juadah Hari Raya Aidilfitri yang dihidangkan dirumah Mohamad Sabu (Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Lim Guan Eng)
Guan eng
Antara juadah Hari Raya Aidilfitri yang dihidangkan dirumah Mohamad Sabu (Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Lim Guan Eng)
Guan eng
Mohamad Sabu beramah mesra dengan tetamu yang hadir (Sumber Foto: Laman media sosial Facebook Lim Guan Eng)

Pengeratan silaturahim itu menerima pelbagai pujian daripada netizen khususnya contoh baik perpaduan dalam kaum masyarakat majmuk di Malaysia.