MALAYSIA CATAT KES KUMULATIF COVID-19 MELEBIHI 100,000 SELEPAS CATAT 1,581 KES BAHARU...

MALAYSIA CATAT KES KUMULATIF COVID-19 MELEBIHI 100,000 SELEPAS CATAT 1,581 KES BAHARU HARI INI – KKM

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kes kumulatif positif COVID-19 di Malaysia telah melebihi 100,000 sejak kes pertama dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020 lalu, ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaporkan sebanyak 1,581 KES baharu hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 100,318 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 18,773 (18.7%) kes.

DARIPADA 1,581 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak dua (2) Kes import, manakala 1,579 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 24 Disember 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 491 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 379 KES dan SABAH sebanyak 249 KES.

KKM turut memaklumkan sebanyak 1,085 KES pesakit telah sembuh hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 81,009 kes (80.8%).

Menurut KKM juga, sebanyak 102 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 45 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini yang mana kedua-duanya daripada SABAH (Lahad Datu & Sandakan), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 446 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (24 Disember 2020) sebanyak 491 KES daripada keseluruhan 1,581 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)