Malaysia Mesti Belajar Dari Indonesia Sebelum Terlambat

Malaysia Mesti Belajar Dari Indonesia Sebelum Terlambat

0
SHARE

KOTA KINABALU: Gelombang protes besar di Indonesia sejak Ogos mencerminkan ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan dan menjadi amaran kepada Malaysia agar tidak memandang ringan isu dalam negara.

Protes bermula selepas kematian penghantar makanan Afnan Kurniawan yang dilanggar kenderaan polis, dan merebak selepas kejadian itu viral di media sosial.

Lebih 350 orang cedera, 12 terbunuh termasuk wartawan bebas Syawal Rahmat, dan lebih 2,500 demonstran ditahan dalam dua minggu pertama.

Protes yang berlangsung di kota-kota utama menuntut keadilan dan menonjolkan isu rasuah, jurang pendapatan dan janji reformasi yang tidak ditepati.

Media sosial memainkan peranan penting dengan lebih 7.5 juta tanda pagar trending, manakala pelajar universiti turut aktif menggerakkan kempen.

Dr. Syahruddin Awang Ahmad dari UMS mengingatkan Malaysia agar tidak mengabaikan situasi ini kerana masalah serupa wujud di sini.

Beliau menasihatkan agar kerajaan mengambil langkah proaktif memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan komunikasi dengan rakyat untuk elak ketidakpuasan menimbulkan rusuhan.

Beliau menegaskan pentingnya pengukuhan institusi keadilan, penilaian semula Akta Perhimpunan Aman dan siasatan telus dalam kes berprofil tinggi.

“Kestabilan awam bergantung bukan sahaja pada undang-undang tetapi juga psikologi kolektif. Jika suara rakyat diabaikan, kemarahan boleh meletup menjadi protes besar. Malaysia mesti belajar dari Indonesia sebelum terlambat,” katanya.