Mantan Ketua Menteri, Salleh Dilantik Ketua Merinyu Projek Sabah

Mantan Ketua Menteri, Salleh Dilantik Ketua Merinyu Projek Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ketua Merinyu Projek Sabah (Inspector General of Projects Sabah).

Beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Selasa.

Salleh dalam kenyataan di Facebook rasminya semalam berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Hari ini saya telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Merinyu Projek Sabah (Inspector General of Projects Sabah). Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya akan melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, berpandukan pengalaman yang ada, serta memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini berjalan dengan berkesan.