KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, menyuarakan kebimbangan terhadap seekor gajah Borneo yang dipercayai cedera di Felda Kalabakan Selatan.
Kes itu tular selepas video menunjukkan kecederaan pada belalai gajah.
Operasi pencarian pada 13 dan 14 Mei gagal menemui haiwan berkenaan.
“Kecederaan melibatkan belalai adalah sangat kompleks dan memerlukan rawatan intensif, termasuk kemungkinan pembedahan serta pemantauan rapi,” katanya.
Setakat ini, luka dilihat menunjukkan tanda pemulihan tanpa jangkitan serius.
Pemantauan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah diteruskan dan rawatan akan dilaksanakan jika keadaan bertambah buruk.
Punca kecederaan masih disiasat, termasuk kemungkinan jerat atau terkena peralatan ladang.
Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi.






