‘Torch Tower Dubai’ Terbakar Untuk Kali Kedua Dalam Tempoh 2 Tahun Ini

‘Torch Tower Dubai’ Terbakar Untuk Kali Kedua Dalam Tempoh 2 Tahun Ini

0
SHARE

DUBAI – Satu bangunan kediaman terbesar di dunia iaitu Menara Obor Dubai atau lebih dikenali “Torch Tower Dubai” telah dimakan api baru-baru ini.

Kebakaran yang berlaku secara pantas menyebabkan bahagian pencakar langit bangunan itu runtuh sebahagiannya serta serpihan runtuhan banguunan jatuh dari ketinggian 337m (1,106 kaki).

Seorang pemastautin memberitahu wartawan Reuters, orang ramai yang tinggal di kediaman itu mula menjerit ketika mereka terbangun pada kebakaran malam sebelum melarikan diri.

Pihak berkuasa berkata semua di dalamnya selamat dipindahkan dan kebakarannya dikawal pada pukul 03:40 waktu tempatan (23:40 GMT).

“Terima kasih Tuhan, tidak ada sebarang kecelakaan dilaporkan atas usaha semua pasukan di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Dubai, Major Jenderal Abdullah Khalifa Al Marri.

Sebarang punca kebakaran bangunan pencakar langit 79 tingkat itu masih belum lagi dikenal pasti secara terperinci, tetapi yang jelas, kebarakan ini merupakan kejadian kali kedua membabitkan bangunan yang sama dalam masa dua tahun ini.

Menjelang fajar menjelma, bangunan itu kelihatan telah rosak teruk dan kenderaan di kawasan kediaman itu turur musnah akibat kebakaran yang berlaku.

Pejabat media kerajaan berkata “operasi penyejukan masih sedang berjalan”.

Menara Obor Dubai (Torch Tower Dubai) sebelum ini telah rosak oleh kebakaran pada awal tahun 2015, yang mengakibatkan pemindahan ratusan orang.

Menurut perunding jurutera kebakaran Tenable Dubai, kebanyakan kebakaran yang berlaku di bandar itu termasuklah kediaman pencakar langit ini disebabkan oleh pelapisan luaran bangunan yang menyebabkan api merebak dengan cepat jika kebakaran berlaku.

Tetapi mereka tidak mengakibatkan kematian kerana reka bentuk dan pembinaan bangunan membenarkan anggota bomba memadam kebakaran dan penduduk untuk berpindah melalui zon keselamatan tanpa api iaitu Zon Keselamatan.

Info Torch Tower Dubai;

Bangunan pencakar langit 79 tingkat dibuka pada tahun 2011.

Menurut Pusat Skyscrapper, bagunan ini merupakan bangunan ke-40 tertinggi di dunia.

Mempunyai 676 pangsapuri.

Flat dua bilik tidur bermula lebih dari $ 500,000 (£ 381,000).

Penghuni kediaman bangunan ini mempunyai akses ke garaj lapan tingkat dan kolam renang yang menghadap ke dermaga Dubai.