Maritim Malaysia Aktifkan Carilamat Kesan Nelayan Hilang

Maritim Malaysia Aktifkan Carilamat Kesan Nelayan Hilang

0
SHARE
Hilang
Gambar mangsa (kiri) bersama pasangan isteri ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

KOTA KINABALU, SABAH – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pada jam dua petang tadi bagi mengesan serta mencari seorang nelayan yang dikhuatiri jatuh laut di perairan Pulau Gaya.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Pusat Operasi Maritim menerima maklumat berkaitan kejadian daripada isteri mangsa melalui panggilan telefon tengahari tadi.

“Menurut maklumat pengadu, mangsa Omar Bin Ajid, 40, telah keluar menangkap ikan pada jam lima pagi tadi.

“Beliau memakai baju lengan panjang berwarna merah dan seluar bercorak celoreng berwarna hijau sebelum bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan enjin masih hidup pada jam 10 pagi di posisi 7.6 batu nautika utara Pulau Gaya,” katanya.

Suhaimi berkata, sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan, bot Kilat 39 Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi insiden untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

“Agensi-agensi penyelamat di laut serta pasukan sahabat yang lain telah dihubungi bagi membantu usaha pencarian mangsa,” katanya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang penemuan atau petunjuk.