KUDAT, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat bergegas menghantar seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepalanya pada Isnin.
Mohammad Ahnaf Abdullah dikatakan retak tengkorak dan mengalami pendarahan akibat kemalangan dan memerlukan rawatan segera di Hospital Kudat.
Pengarah Maritim Malaysia Zon Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) telah dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot ADAL 03 setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi sekitar pukul 2.00 petang.

“Mangsa diiringi ibunya dan seorang staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat lebih kurang pukul 3.05 petang dan seterusnya dipindahkan ke ambulans untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat…