Masalah, Kelemahan Ruang Menunggu Perkhidmatan E-Hailing KLIA2 Dikenal Pasti

Masalah, Kelemahan Ruang Menunggu Perkhidmatan E-Hailing KLIA2 Dikenal Pasti

0
SHARE
Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau sekitar ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) - (Sumber foto: Laman media sosial Facebook rasmi Menteri Pengangkutan)

SEPANG – Beberapa masalah dan kelemahan di ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah dikenal pasti memerlukan pembaikan dengan kadar segera.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini membuat tinjauan dilokasi terbabit susulan pihaknya menerima maklum balas daripada orang ramai.

Hasil tinjauan beliau mendapati terdapat kelemahan terutamanya di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

“Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

“Antara masalah dikesan adalah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah, yang mana ia boleh membahayakan pengguna.

Saya difahamkan, pihak pengurusan sudah melantik kontraktor dan kerja menaik taraf akan dijalankan pada hujung bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook rasmi, hari ini.

Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau sekitar ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) – (Sumber foto: Laman media sosial Facebook rasmi Menteri Pengangkutan)

Dalam pada itu, beliau menerusi pautan terbabit memaklumkan pihaknya juga mendapati, sistem pencahayaan di ruang itu juga perlu ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.

“Semua pemegang taruh (stakeholders) diminta untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang berkenaan,” katanya.