Masidi Galak Pemain Industri Teroka Peluang Baharu Pacu Pelancongan Sabah

Masidi Galak Pemain Industri Teroka Peluang Baharu Pacu Pelancongan Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pemain industri pelancongan digalakkan meneroka peluang baharu dan memperluas perkhidmatan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah menerusi sektor berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, langkah itu penting selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyokong pembangunan sektor pelancongan yang berdaya saing dan mampan.

Menurutnya, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan pemain industri juga perlu diperkukuh bagi membangunkan ekosistem pelancongan yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Syarikat pelancongan perlu terus memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan yang berdaya saing dan mampan, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Sedco Travel & Tours yang diketuai Pengerusinya, Mohd Shukor Mumin, di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Dalam pertemuan itu, Masidi turut diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa Sedco Travel & Tours serta potensi memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas perkhidmatan syarikat yang mampu memberikan nilai tambah kepada industri pelancongan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.