Mati Lemas Menembak Ikan Di Simpang Mengayau

Mati Lemas Menembak Ikan Di Simpang Mengayau

0
SHARE
Bomba
Anggota pasukan bomba Kudat memberikan bantuan pernafasan CPR kepada mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUDAT, SABAH – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika menyelam untuk menembak ikan di Simpang Mengayau semalam (Rabu).

Mangsa Nikalmon Yusuf, 30, ditemui oleh orang awam pada jam 7.30 malam yang kemudian memberikan rawatan bantuan pernafasan CPR sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung kes 10 minit selepas itu.

Menurut jurucakap, sepasukan tujuh daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kudat tiba ke lokasi kejadian pada jam 8.16 malam.

“Pasukan bomba bertindak memberi CPR dan menghantar mangsa ke Hospital Kudat menggunakan Jentera EMRS,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).