Maut Dipijak Gajah Ketika Cuba Mengambil Gambar

Maut Dipijak Gajah Ketika Cuba Mengambil Gambar

0
SHARE

LUSAKA – Dua pelancong, masing-masing rakyat Belanda dan Belgium, maut dipijak gajah di Zambia apabila berada terlalu dekat dengan mamalia itu ketika cuba mengambil gambar, kata polis semalam.

AFP melaporkan bahawa mangsa, yang identiti mereka tidak didedahkan, terbunuh ketika berada di safari di Lodge Sungai Maramba di bandar pelancongan Livingstone.

“Seorang wanita Belgium berusia 57 tahun dan lelaki Belanda berusia 64 tahun terbunuh apabila berada dekat dengan gajah ketika cuba mengambil gambar,” kata jurucakap polis, Danny Mwale.

Mwale berkata, polis yang melawat lokasi kejadian menemui mayat mereka terbaring di atas tanah dengan banyak kesan kecederaan.

Kes pelancong dibunuh haiwan luar ketika berada di safari kerap dilaporkan di seluruh selatan Afrika.

Sebahagiannya dibaham singa ketika cuba mengambil gambar.