SHAH ALAM – Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.
Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.
Lagu yang layak untuk bersaing di Peringkat Akhir AJL32;
Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
Jampi – Hael Husaini
Sejati – Azmi & Caliph Buskers
Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Amboi – Altimet
Lebih Sempurna – Syamel
Aku Yang Sebenar – Hazama
Akhiri Cinta – Salma
Menahan Rindu – Wany Hasrita
Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri
Bayang – Khai Bahar
Warkah Untukku – Ara
Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.
Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 29 Oktober, 5 dan 11 November lalu.
Pentas Minggu Terakhir SFMM32 turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi).
Pentas minggu terakhir SFMM32 disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.