Mayat Lelaki 22 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Terbakar

Mayat Lelaki 22 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Terbakar

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang mangsa lelaki maut terbakar di Pantai Lok Kawi Putatan tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan insiden daripada orang awam yang menemui mayat mangsa pada kira-kira pukul 12.30.

Sepasukan polis dari Balai Polis Putatan bertindak ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa dengan di salah satu pondok riadah di kawasan pantai tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalan, mangsa berusia 22 tahun, berketurunan Cina dan alamat terakhir di Taman Tanaki, Penampang, Sabah…

“Hasil siasatan awal Pasukan Forensik Polis tidak menemui sebarang elemen jenayah dan senjata serta senjata yang ditemui di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Haris, pihaknya telah menjumpai cecair yang mengandungi bahan mudah terbakar dan beberapa barangan peribadi termasuk kenderaan milik mangsa di tempat kejadian.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat. Polis telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.