
TAWAU, SABAH – Mayat seorang warga emas lelaki ditemui pasukan Bomba di dalam sebuah rumah terkunci di Taman Maju Jaya, Jalan Hong Thien Vun, sini, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 7.09 malam.
Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan ke lokasi dan tiba dalam masa empat minit.

“Operasi membuka pintu rumah terkunci menggunakan peralatan khas. Seorang warga emas lelaki ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian…
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada Pasukan Polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.48 malam.





