KOTA KINABALU, SABAH – Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah menerima kunjungan hormat Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah diketuai Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor.
Jainisah menjelaskan tujuan kunjungan adalah bagi memperkasakan kerjasama kedua-dua agensi dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat sekitar Kota Kinabalu dan membincangkan beberapa kolaborasi penganjuran program pada masa depan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Japen Sabah, Supian Musa, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK, Dr. Benedick Oliver Lidadun dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah (KPP) Japen Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH