BN Sabah Umum Salleh Said Sebagai Calon DUN Usukan

BN Sabah Umum Salleh Said Sebagai Calon DUN Usukan

0
SHARE

KOTA BELUD: Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) – UMNO Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika berucap merasmikan program Gerak 17 UMNO Sabah bagi Usukan pagi kelmarin.

Setakat ini Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah merupakan calon kedua yang sudah diumumkan sebagai calon BN/UMNO.

sebelum ini, Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed diumumkan sebagai calon BN/UMNO yang akan bertanding dalam di DUN Tanjung Keramat.

Menurut Bung, pemilihan Salleh memenuhi kriteria yang diperlukan dan pemilihan memenuhi aspirasi rakyat di kawasan Usukan yang mahukan Salleh terus di kekalkan.

“Beliau telah menaburkan bakti serta sumbangan besar kepada parti dan rakyat khususnya di kawasan ini, dimana pemilihan ini, selain memenuhi kriteria yang diperlukan, ianya merupakan pilihan rakyat di kawasan itu,” katanya.

DUN Usukan merupakan kawasan kelahiran UMNO pertama di Sabah melalui pilihan raya kecil pada 11 Mei 1991 yang dimenangi Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun.