KUALA LUMPUR – Susulan daripada luruan monsun, hujan berterusan diramalkan berlaku di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak bagi tempoh Selasa hingga Khamis ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Luruan monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada Ahad ini hingga Khamis.
“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.





