SEMPORNA, SABAH – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan agensi-agensi keselamatan bagi dua mangsa bot karam di perairan Pulau Tandoan sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berhubung kes pada jam 9 malam semalam.
“Menurut sumber maklumat terdapat lima orang mangsa terlibat…
“Tiga orang mangsa terselamat manakala dua lagi masih belum dijumpai,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Sepasukan lima dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 4 kilometer dari balai sejurus menerima maklumat.
Misi yang disambung hari ini turut melibatkan pihak Maritim Malaysia bagi meluskan sektor pencarian.





