Mus May Dikejarkan Ke Hospital Akibat Demam Panas

Mus May Dikejarkan Ke Hospital Akibat Demam Panas

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan May, Mus atau nama sebenar Mustaffa Din dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Berita mengenai Mus dikongsi pegawai perhubungan awam, Ayob Abd Majid di laman Facebooknya.

Isterinya, Suraya Bahari berkata, Mus, 49, atau nama sebenarnya Mustaffa Din dikejarkan ke HKL kira-kira jam 10 pagi dan ditempatkan di Zon Kritikal.

“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudah mendapatkan rawatan di klinik biasa.

“Mungkin ubat yang diberikan kurang serasi membuatkan keadaannya semakin lemah. Dia juga seperti diserang sawan membuatkan mulutnya berbuih dan saya mengambil keputusan menghubungi ambulans,” katanya.

Menurutnya, Mus seperti berada dalam keadaan tidak tenang dan meronta-ronta ketika di HKL membuatkan doktor mengambil keputusan meletakkannya dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat dan keadaannya stabil.

Dalam pada itu Ayob turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Mus agar kembali seperti sedia kala.

Sementara itu pada ruangan komen, sahabat-sahabat yang mengenali Mus turut mengharapkan vokalis tersebut pulih seperti sedia kala.

Isteri Mus dikenali sebagai Sue memberitahu, keadaan Mus bertambah teruk pada petang Isnin.

“Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital,” ujarnya.