Naik 21 Kes, Peningkatan COVID-19 Signifikan Di Putatan

Naik 21 Kes, Peningkatan COVID-19 Signifikan Di Putatan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian naik 21 kes berbanding semalam, menjadikan kes baharu hari ini berjumlah 273 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan tersebut adalah sejajar dengan pertambahan jumlah sampel hari ini iaitu sebanyak 2,835, berbanding hanya 2,154 semalam.

“Walau bagaimanapun kadar positiviti hari ini lebih rendah iaitu 11.36 peratus berbanding 12.30 peratus semalam,” jelas beliau dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 13 daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hanya 7 daerah yang merekodkan penurunan.

Antara daerah yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Putatan 27 kes (+16), Penampang 27 kes (+13), Tawau 29 kes (+13), Tongod 10 kes (+10) dan Sipitang 6 kes (+5).

Manakala, daerah-daerah yang mencatatkan penurunan ialah Kota Kinabalu 93 kes (-18), Sandakan 17 kes (-15), Papar 10 kes (-8) dan Tenom 0 kes (-5).*

“Pada hari ini, 22 daerah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes baharu…

“Tujuh (7) daripada 22 daerah tersebut mencatatkan jangkitan dua angka.

“Lima (5) lagi daerah iaitu Kalabakan, Kunak, Pitas, Telupid dan Tenom tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” beliau berkata.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 93 (111)
Tawau 29 (16)
Penampang 27 (14)
Putatan 27 (11)
Sandakan 17 (32)
Papar 10 (18)
Tongod 10 (0)
Kota Belud 9 (9)
Tuaran 8 (11)
Sipitang 6 (1)
Keningau 5 (1)
Kota Marudu 5 (1)
Lahad Datu 5 (6)
Beaufort 4 (8)
Kinabatangan 4 (1)
Kuala Penyu 3 (3)
Kudat 3 (0)
Beluran 2 (1)
Ranau 2 (1)
Tambunan 2 (1)
Nabawan 1 (0)
Semporna 1 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Pitas 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (5)