KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah kontena perkapalan mengandungi sayap ayam dipercayai diseludup dari Poland ditahan dalam sebuah operasi diketuai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib, dekat sini pada malam Isnin.
Beliau berkata operasi berlangsung selama sejam berakhir pada 10.00 malam sebaik sebuah lori kontena dari Sepanggar yang disyaki membawa barangan seludup dikesan bergerak.
“Kami mengekorinya ke destinasi dengan diiringi beberapa anggota polis dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),” katanya.
“Setibanya di lokasi, kami membuka kontena terbabit dan mendapati sayap ayam yang terkandung tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan JPV.
“Saya telah mengarahkan pegawai JPV membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.