KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci dalam sebuah kereta di University Apartment 1, Jalan Sulaman, sini, semalam.
Difahamkan kejadian berlaku apabila ibu membiarkan kunci Proton Iriz bersama anak lelakinya berusia setahun dalam kejadian 1 tengah hari itu.
Menurut Ketua Balai BBP Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi, budak tersebut tertekan butang kunci ketika secara kebetulan ayahnya menutup pintu belakang kenderaan terbabit.
“Mangsa terkunci lebih kurang dalam 10-15 minit sebelum ketibaan pihak Bomba…
“Pasukan Bomba berjaya membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan Khas seterusnya menyerahkan mangsa kepada Ibunya.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 1.42 tengah hari,” katanya.