Norhayati Titing Angkat Sumpah Sebagai Setiausaha Politik Baharu Ketua Menteri

Norhayati Titing Angkat Sumpah Sebagai Setiausaha Politik Baharu Ketua Menteri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dayang Norhayati OKK Titing mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Dayang Norhayati dari Kinabatangan adalah antara empat setiausaha politik yang baru dilantik.

Tiga lagi mengangkat sumpah minggu lalu iaitu Jonnybone J Kurum yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid selain Anuar Ghani dan Jamain Sarudin.