Tiada TPM, Hanya 4 Menteri Kanan Dilantik PM Dalam Pembentukan Kabinet Baharu

Tiada TPM, Hanya 4 Menteri Kanan Dilantik PM Dalam Pembentukan Kabinet Baharu

0
SHARE
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

KUALA LUMPUR – Tiada Timbalan Perdana Menteri, hanya EMPAT (4) Menteri Kanan dilantik bagi pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Mereka adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, yang kekal menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali…

Kementerian Pertahanan tetap ditugaskan kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein…

Jawatan Menteri Pendidikan pula kekal kepada Datuk Dr Radzi Md Jidin dengan timbalan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin.

Datuk Dr Radzi Jidin…

Datuk Seri Fadillah Yusof terus memegang Menteri Kerja Raya dengan timbalan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Datuk Seri Fadillah Yusof…

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut kekal sebagai Menteri Kewangan dengan Ahli Parlimen Sipitang,Haji Yamani Hafez Musa.

Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Kesihatan yang mana berganti tempat dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang terkini iaitu Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba..

Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba..

Sementara itu Menteri Dalam Negeri kekal Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Perdana Menteri berkata Barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

“Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu: peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, dan mengembalikan semula keyakinan rakyat…

“Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” Ismail mengumumkan sebentar tadi.

Beliau berkata kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini, selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirumus ketua pejabat pendahulunya,Tan Sri Muhyiddin Yassin.