FILIPINA – Petinju sensasi Filipina, Manny Pacquiao disarankkan berjumpa dengan Pakar Oftalmologi (pakar kecederaan mata) selepas sukar untuk membuka matanya dan terpaksa makan dengan bantuan disuap oleh isterinya selepas tewas kepada Petinju Cuba, Yordenis Ugas minggu lalu.
The Inquirer, sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Filipina melaporkan peguam Pacquiao iaitu Tom Falgui pada minggu ini mengatakan bahawa pakar perubatan sedang memantau kecederaan petinju itu kerana wajahnya kelihatan bengkak, lebam dan mempunyai lima jahitan di dekat mata kirinya.
Dalam video yang yang disiarkan di Instagram milik isteri Pacquiao iaitu @jinkeepacquiao telah tular di laman media sosial.

Video itu jelas menunjukkan isterinya, Jinkee yang menyuapkan makanan kepada Pacquiao dengan keadaannya yang berusaha untuk membuka matanya baru-baru ini.
Video yang tular ini jelas menunjukkan Pacquiao sukar untuk membuka matanya ketika disuapkan makanan oleh isterinya, Jinkee…
Kecederaan pada wajah yang dialami petinju berusia 42 tahun itu diperolehi selepas Pacquiao kalah mengejut kepada Yordenis Ugas yang mana sekaligus mengekalkan kejuaraan welterweight (super) WBA milik Ugas pada minggu lalu.
Kekalahan mengejut Manny Pacquiao itu berlaku pada penampilannya kembali ke gelanggang selepas dua tahun Yordenis Ugas mengecewakan lawannya untuk memenangi pertarungan dengan keputusan sebulat suara.
Pada perlawanan itu, Ugas mendahului semua tiga kiraan dengan 115-113, 116-112 and 116-112 dan menang dengan keputusan sebulat suara selepas pertarungan 12 pusingan dekat T-Mobile Arena pada Ahad minggu lalu.
Pacquiao adalah salah satu petinju paling ditunggu oleh para peminat sukan tinju untuk mempamerkan perjuangan tinjunya dalam menentang siapa sahaja pencabarnya.
Dia telah berlawan hampir 72 kali sebagai profesional petinju, pernah bertarung sebagai ‘flyweight’ di Manila sampai ke kelas super-welter di Amerika.
Ini adalah rekod luar biasa bagi seorang pejuang yang memenangi kejuaraan ‘welterweight’ sebanyak lima kali dalam kelas berat.
Tetapi, masih belum jelas sama ada Pacquiao akan terus dalam sukan ini atau bersara.
Ini kerana, Pacquiao baru-baru ini memberi bayangan seolah-olah dia akan bersara sepenuhnya daripada sukan tinju selepas tular video dalam ciapan Twitter miliknya berbentuk video dengan ayat “Terima Kasih”.

“Mungkin inilah pengakhiran karier tinju saya tetapi ini yang saya mahu katakan kepada semua peminat tinju, orang di seluruh dunia: kami menghiburkan orang ramai, kami menghiburkan di dalam gelanggang…
“Tetapi apa yang paling penting adalah apa yang kita lakukan untuk mereka, bagaimana kita boleh membantu mereka.
“Bukan sahaja untuk orang Filipina tetapi untuk semua saudara kita di seluruh dunia,” katanya dalam video yang penuh beremosi itu.
Sementara itu, Jurulatih tinju kepada Pacquiao iaitu Freddie Roach turut berkata bahawa dia bimbang akan keadaan petinju itu.
“Dia lama bertinju, dan dia bertinju dengan saya untuk waktu yang lama…

“Anda tahu, saya benci melihat hari itu ketika dia akan bersara, tetapi ini mungkin. Dia tidak mempunyai persembahan yang hebat, tetapi kita akan melihat apa yang diputuskan oleh Manny,” kata Roach.