KABUL, AFGHANISTAN – Bedasarkan statistik Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), sebelum pun kerajaan itu diambil alih, tahun ini lebih 550,000 warganegara terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Ini disebabkan perang saudara berlarutan yang turut melihat penglibatan 20 tahun tentera Amerika Syarikat sejak 2001.
Negara itu sejak Rabu berkata mereka telah membantu memindahkan 95,000 orang dari Lapangan Terbang Kabul. Ia hanya satu-satunya landasan daripada empat yang beroperasi di Afghanistan.

Kementerian Pertahaan Kerajaan Bersatu Britain pula berkata mereka memindahkan 11,000 orang di mana 7,000 daripada mereka merupakan warga Afghanistan.
Kerajaan Jerman pula berkata mereka telah memindahkan 4,500 orang di mana 3,700 mereka adalah warga Afghanistan termasuk wartawan, aktivis hak asasi manusia dan separuh daripada mereka adalah golongan perempuan dan wanita.
Bedasarkan sumber sama, negara jiran seperti Pakistan didapati menerima 1.5 juta pelarian Afghanistan pada tahun 2020 diikuti Iran, 780,000 orang, Jerman, 181,100 orang dan Turkey, 129,300 orang.

The Guardian memetik sumber pantau trafik udara Flightradar24 berkata, dari 14 Ogos iaitu ketika mana Taliban baru mula, kebanyakan penerbangan awam masuk ke Kabul kebanyakkannya datang dari negara Pakistan (15 penerbangan) diikuti Uzbekistan dan Emiriah Arab Bersatu.
Sementara itu, pihak Taliban ketika ini sedang mengekang penerbangan keluar rakyat Afghanistan meskipun memiliki permit yang sah.

Militan itu juga telah menentukan 31 Ogos sebagai hari tearkhir bagi tentera asing untuk pulang ke negara asal mereka.