SANDAKAN: Persatuan Anak Malaysia Sabah (PAMS) dengan kerjasama Athena Forwarding Sdn Bhd tampil membantu mangsa fenomena air pasang dan ombak besar di Kampung Forest, di sini.
Sumbangan air botol dan makanan telah disampai oleh Pengarah Urusan (MD) Athena Forwarding, K.T.Tan kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Pengerusi PAMS, Rosdy Wasli berkata, persatuan itu telah melancarkan misi kemanusian membantu mangsa fenomena air pasang dan ombak besar sejurus bencana alam itu melanda pada 25 Disember 2022.
“Usaha ini telah dilaksanakan melalui konvoi Misi Kemanusian dari Kota Kinabalu ke Sandakan”.
“PAMS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu rakyat kurang bernasib baik yang menghadapi musibah sama ada kebakaran, banjir, tanah tuntuh, COVID-19 dan lain-lain”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas sesi penyerahan sumbangan, di sini.
Rosdy turut mengucapkan terima kasih kepada K.T.Tan yang sudi bersama-sama mengagihkam sumbangan kepada mangsa fenomena air pasang dan ombak besar di Kampung Forest.
Katanya, usaha seumpama itu akan diteruskan sebagai salah satu program khidmat masyarakat (CSR) bersama rakyat yang memerlukan bantuan.
Fenomena air pasang besar yang melanda pada malam 24 Disember lalu mengakibatkan 110 buah rumah atas air di Kampung Forest roboh, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam kejadian terbabit, fenomena berkenaan telah mengakibatkan 70 buah rumah musnah.