RANAU, SABAH – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max mengalami cedera parah selepas bertembung dengan sebuah lori ‘Tanker’ di Jalan Ranau menghala ke Sabah Tea sini.
Kejadian 10.50 pagi tadi melibatkan tiga (3) orang mangsa dalam kenderaan D-Max yang berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan penyelamat Bomba.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata tindakan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau adalah memberi rawatan awal.
“Dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu merupakan seorang lelaki berusia 48 tahun…
“Mereka telah dihantar ke Hospital Ranau menaiki Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 11.36 pagi.