Parti Warisan Bakal Saman Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah

Parti Warisan Bakal Saman Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah akan memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Haji Ukin jika beliau gagal memberi penjelasan berhubung satu kenyataan yang dibuat secara terbuka baru-baru ini.

Memetik laporan portal News Suara Masyarakat Sabah, Peguam Warisan, Norazmi Hj Alimat telah menyampaikan surat yang menuntut presiden Parti Harapan Rakyat Sabah untuk membuat penjelasan awam kepada Maijol Mahap, Timbalan Presiden Harapan Rakyat, di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin.

Satu salinan klip video juga akan dihantar kepada Maijol, menurut jurucakap Warisan dalam satu kenyataan.

Difahamkan Lajim mempunyai masa tiga hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan untuk memberi penjelasan secara bertulis, dan kegagalannya berbuat demikian, Warisan akan memulakan prosiding sivil.

Dalam klip video dan audio yang telah dikongsi melalui media sosial, Lajim dalam ucapannya berkata: “Yang bikin IC ini adalah kepala dia siapa Presiden” (yang membuat IC ini kepala yang Presiden) diikuti dengan bunyi yang menyebut nama sebuah parti politik.

Peguam parti Warisan sedang menyediakan transkrip penuh klip video untuk mengesahkan kesahihan kenyataan Lajim.

Dalam surat itu, Norazmi menyatakan bahawa ketiadaan penjelasan awam atau penolakan dari Lajim atas ucapannya dalam video dan klip audio boleh dianggap sebagai tuduhan langsung terhadap pelanggan mereka, Mohd Shafie Apdal, presiden Parti Warisan Sabah.