PDRM Bersedia Sekiranya PRU15 Diadakan Pada Masa Terdekat

PDRM Bersedia Sekiranya PRU15 Diadakan Pada Masa Terdekat

0
SHARE
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani...

PULAU PINANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, persediaan tersebut termasuk dari sudut sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran PRU15.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita sentiasa membuat persiapan rapi dan sentiasa bersiap sedia jika PRU diadakan dalam masa terdekat…

“Dengan persiapan yang telah kita lakukan, kita berdoa mudah-mudahan PRU-15 dapat dijalankan dengan lancar, tenteram, aman serta terkawal,” katanya.

Spekulasi PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat semakin bertiup kencang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Acryl Sani serta Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama hampir lima jam mulai jam 11 pagi, Ahad.