4,000 Penonton Hadir Meriahkan Konsert An Album Live Concert: Berona Day Rizky...

4,000 Penonton Hadir Meriahkan Konsert An Album Live Concert: Berona Day Rizky Febian

0
SHARE
Rizky
Rizky Febian ( Sumber Foto: Ihsan Hitman Solutions )

KUALA LUMPUR – Seramai lebih 4,000 peminat membanjiri Megastar Arena KL @ Sg Wang Plaza memeriahkan konsert An Album Live Concert: Berona Day Rizky Febian anjuram Hitman Solutions pada 3 November lepas.

Penyanyi Indonesia, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25, berkata konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album keduanya berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.

Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

“Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi.

“Buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” katanya.

Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

“Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti,” katanya.