Pekerja Pusat Peranginan Di Kudat Gadai Nyawa Demi Selamatkan Pelancong

Pekerja Pusat Peranginan Di Kudat Gadai Nyawa Demi Selamatkan Pelancong

0
SHARE
Pasukan Bomba Kudat sedang melakukan CPR ke atas mangsa...

KUDAT, SABAH – Seorang pekerja sebuah pusat peranginan di Pantai Hisbiscus Villa, Jalan Kampung Marang Parang sini telah menggadai nyawa demi menyelematkan seorang pelancong wanita.

Mayat mangsa lelaki, Estilly Lieo Wainis, berumur 19 tahun, ditemui oleh orang awam dalam insiden pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan berhubung kes diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat pada jam 11.38 pagi.

Ketua Balai Bomba Kudat PPgB Ishak Jabas…

Ketua BBP Kudat, PPgB Ishak Jabas berkata, pasukan Bomba telah memberi pertolongan cemas CPR kepada mangsa namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurut PGO, jarak dari balai ke lokasi kejadian lebih kurang 30 km.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata Ishak sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 1.35 tengah hari.