Pelabuhan Antarabangsa Di Kudat Bakal Bantu Bangunkan Ekonomi Sabah

Pelabuhan Antarabangsa Di Kudat Bakal Bantu Bangunkan Ekonomi Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata berakata, pelabuhan antarabangsa yang akan dibangunkan di Kudat pada tahun depan akan membantu membangunkan lagi ekonomi di negeri ini.

Beliau berkata, pada masa ini kajian sedang dilakukan bagi membangunkan pelabuhan tersebut.

“Apabila kita buka pelabuhan di Kudat, pesaing kita di Pelabuhan Klang, Hong Kong dan Singapura akan merasa tergugat kerana pelabuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan pelabuhan antarabangsa di seluruh dunia.

“Kita akan terjemahkan pada tahun depan sebagai permulaan. Pembukaan pelabuhan antarabangsa ini dijangka akan melonjakkan lagi ekonomi Sabah,” katanya semasa majlis pengisytiharan rasmi Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, kelmarin.

Jelas beliau, pembangunan Pelabuhan Kudat itu akan turut membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan…