JAKARTA, INDONESIA – Gelagat seorang kanak-kanak sedang bersilat kerana takut divaksin telah tular di media sosial.
Menurut laporan berita Suara.com, video aksi kanak-kanak itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @terangmedia juga mendapat reaksi ramai netizen.
Video tersebut menunjukkan suasana di sebuah sekolah rendah yang menjalankan pemberian suntikan vaksin kepada pelajar-pelajar.
Dalam paparan video tersebut, beberapa petugas kesihatan dilihat sedang bersiap sedia untuk menyuntik vaksin kepada pelajar.
Apabila giliran pelajar lelaki itu tiba, beliau kemudian melakukan aksi silat, difahamkan untuk menenangkan dirinya kerana takut disuntik vaksin…
Aksi kanak-kanak itu turut mendapat tumpuan orang yang berada di sekitar kawasan kejadian dengan memberikan tepukan dan gelak tawa.
Pelajar itu kemudian duduk di atas kerusi untuk menerima suntikan.