Pemandu Disyaki Serangan Jantung Langgar Dua Kereta Di Parkir Perumahan Penampang

Pemandu Disyaki Serangan Jantung Langgar Dua Kereta Di Parkir Perumahan Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang mengesahkan kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kawasan parkir Taman Suria Apartment pada pagi Selasa.

Siasatan awal mendapati pemandu 4WD lelaki tempatan berusia 59 tahun dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu, menyebabkan beliau hilang kawalan dan melanggar dua kereta yang diparkir.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Sammy Newton berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiada kecederaan lain dilaporkan.

“Kes kematian diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan siasatan kemalangan diteruskan di bawah Peraturan 10 LN 166/59.

“Orang ramai dinasihatkan memandu dengan berhati-hati serta mengutamakan keselamatan jalan raya,” katanya.

Polis juga meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan keselamatan awam untuk menghubungi pihak berkuasa.