Pemandu, Kanak-Kanak Parah Dirempuh Lori

Pemandu, Kanak-Kanak Parah Dirempuh Lori

0
SHARE

KOTA MARUDU, SABAH – Parah seorang lelaki 42 tahun dan kanak-kanak perempuan, 11, setelah kenderaan Toyota Avanza dinaiki mereka dirempuh sebuah lori 12 tan di Jalan Kasagaan Pitas sini.

Pemandu lori tanpa muatan dalam insiden 11 pagi tadi, seorang lelaki, tidak mengalami kecederaan.

“Dua orang mangsa tersepit dalam kenderaan Toyota Avanza berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba…

“Mangsa mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan, seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” lapor jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.