Pembangkang Boleh Terus Berpolitik, GRS Kekal Serius Bangunkan Sabah – Nizam

Pembangkang Boleh Terus Berpolitik, GRS Kekal Serius Bangunkan Sabah – Nizam

0
SHARE
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak pembangkang boleh terus menidakkan usaha kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus namun ianya telah membuktikan dapat mengubah kedudukan ekonomi negeri.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan hari ini yang tinggal lebih setahun memerintah akan kekal membangunkan Sabah.

“Itulah tugas mereka sebagai pembangkang. Namun sejak GRS mengambil tampuk pimpinan pada tahun 2020 ekonomi Sabah menunjukkan peningkatan positif.

“Kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor jelas membela rakyat dan membangunkan negeri secara holisitik dengan fokus kepada sektor perindustrian, pelancongan dan kelestarian.

“Selain daripada mencari daya sumber tenaga boleh diperbaharui, kita juga membasmi kemiskinan dengan mensyaratkan agar syarikat berkait kerajaan yang melabur di negeri ini mengambil anak-anak Sabah bekerja.

“Begitu juga dengan program Rumah Mesra SMJ. Semua perkara ini menunjukan kerajaan GRS-PH Plus serius dan tidak membuang masa berpolitik,” katanya.

Sepanjang bulan Ramadan pula, Nizam berkata Gagasan Rakyat telah berkolaborasi dengan beberapa bahagian untuk menyantuni golongan B40 antaranya dengan pendekatan jelajah masjid.