PEMBAYARAN DIVIDEN INTERIM KETIGA SAWIT KINABALU BERNILAI RM11.16 JUTA

PEMBAYARAN DIVIDEN INTERIM KETIGA SAWIT KINABALU BERNILAI RM11.16 JUTA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan penyerahan bayaran daripada Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan Sawit Kinabalu membayar dividen interim ketiga bagi 2022 berjumlah RM11.16 juta kepada kerajaan negeri hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan penyerahan bayaran daripada Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa, di sini.

Dengan bayaran terkini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar sejumlah RM27.9 juta kepada kerajaan negeri bagi tahun 2022.

Hajiji memuji Sawit Kinabalu kerana menjadi salah satu GLC Negeri yang berprestasi tinggi dan menggesa Kumpulan untuk terus berusaha untuk kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah.

Majlis tersebut diadakan bersempena dengan majlis berbuka puasa Kumpulan Sawit Kinabalu.

Terdahulu, Hajiji turut mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.

Diiringi Bacho and Safar, Ketua Menteri turut menyerahkan sumbangan Sawit Kinabalu’s kepada Persatuan Sabah Little People, Syukhbah Kebajikan & Kaunseling Masjid Jamek Assalam Kampung Benoni, Papar dan Persatuan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia.