Pemberian Peringkat Kedua BR1M Diberi Seawal 5 Jun

Pemberian Peringkat Kedua BR1M Diberi Seawal 5 Jun

0
SHARE

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB MENTERI KEWANGAN II, DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI MENGENAI PEMBAYARAN PERINGKAT KEDUA BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA MULAI 5 JUN 2017 (ISNIN)

1. Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017, Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun 2017 (Isnin). Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama tempohari. Bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun 2017. Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

2. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

3. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

Kementerian Kewangan Malaysia,                                                                     Putrajaya                                                                                                                 31 Mei 2017