Kini tular di laman media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp berkenaan beberapa keping gambar yang dimuat naik berkenaan terdapat minyak masak yang dijual kepada pengguna adalah minyak kitar semula.
Menurut laporan, minyak masak cap “BUAH SAWIT” adalah minyak yang diproses daripada minyak guna pakai atau kitar semula dari kedai-kedai makan dan restoran serta seterusnya dijual secara meluas kepada pengguna.
Malahan wujud dakwaan bahawa minyak ini tidak sesuai digunakan oleh pengguna yang beragama Islam.
Minyak ini dikatakan telah diproses semula dan telah dipasarkan secara meluas. Perkara ini menimbulkan keraguan terhadap para pengguna kerana penggunaan minyak masak ini merupakan keperluan asas hidup yang digunakan setiap hari.
Harapan netizen agar pihak KPDNKK dapat mengambil tindakan dengan segera dan sewajarnya berhubung isu ini.