
TEHRAN – Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam menzahirkan pujian terhadap tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober tahun lalu.
Khamenei, 85, menegaskan serangan kumpulan pejuang itu ‘adalah tamparan penentuan terhadap rejim Zionis, sekali gus meletakkan Israel dalam laluan yang hanya akan berakhir dengan kemusnahannya.’
Memetik laporan AFP, beliau berkata bahawa serangan itu ‘berlaku tepat pada masanya’ serta ‘menghancurkan satu konspirasi besar antarabangsa terhadap Asia Barat’ – dilihat sebagai berkemungkinan merujuk kepada langkah diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk mendorong hubungan diplomatik antara Israel dengan kuasa Arab.